Aug 9, 2010

Pengertian Terawih

Solat tarawih adalah solat sunat yang dilakukan khusus pada bulan Ramadan. Ia boleh dikerjakan secara bersendirian tetapi lebih afdal secara berjemaah. Tarawih dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan tarawihah dan jamaknya ialah Tarawih. Ia bermaksud waktu sesaat bagi istirahat.

Hukum

Mengikut imam mazhab yang empat, hukum solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut atau sunat yang mendekai wajib. Oleh itu, sepatutnya tidak ada orang Islam yang terlepas daripada tuntutan melakukannya).

Waktu Perlaksanaan

Ia dilakukan sesudah waktu Isyak sampai terbit fajar dan disunatkan solat witir selepasnya. Pada zaman Rasulullah dan pemerintahannyadan pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq, solat terawih dilaksanakan pada waktu malam. Ia bukan dinamakan solat terawih, tetapi dinamakan qiyam Ramadan (soalt pada malam bulan Ramadan).

Ini adalah kerana nama terawih itu diambil daripada erti istirehat iaitu yang dilakukan sesudah melakukan solat empat rakaat.

Artikel dipetik daripada buku Adab Ramadan tulisan Absyar Fuad dan Suzana Ismail terbitan PTS Islamika.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails