Aug 9, 2010

Kesan pemakaian high heels
Kasut tumit tinggi adalah salah satu "trend" yang sudah lama dan nampak serasi dengan wanita. Tapi mungkin ada di antara kita yang sedar bahawa bahana pemakaian kasut tumit tinggi ini kepada diri si pemakai. Apakah pemakaian kasut tumit tinggi ini membawa kepada keburukan sahaja dan apakah kebaikannya pula?






















Pakar tulang (orthopedics) telah lama menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan masalah di lutut, pergelangan kaki dan pada kaki. Masalah yang dihadapi boleh terjadi dengan segera ataupun dalam jangka masa yang lama. Terseliuh pergelangan kaki dan patah tulang akibat terjatuh semasa memakai kasut tumit tinggi adalah di antara dampak segera dari pemakaian kasut tumit tinggi. Manakala osteoarthritis (osteo=tulang, arthro=sendi, itis=radang) adalah dampak masalah bagi pemakaian dalam jangka masa yang panjang.

Berikut adalah antara permasalahan yang timbul dari pemakaian kasut tumit tinggi:

1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan
Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.

2.BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).


3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.

















































4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.















































5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)

Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dlm keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.






































6. PUMP BUMP

Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"


































No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails