Aug 14, 2010

Berita yg mengejutkan rakyat Melaka termsuklah anum...

Tragedi pasar Ramadan

JASIN: “Saya dapat berita ada ribut dan kerana tidak sedap hati

saya terus ke tempat ayah berniaga, namun ketika dalam perjalanan

(ke pasar Ramadan) saya diberitahu ayah meninggal.”

MUSNAH...Pasar Ramadan Stadium Jasin macam dilanda garuda.
MUSNAH...Pasar Ramadan Stadium Jasin macam dilanda garuda.
sebelum - selepas
MALANG...orang ramai di sisi dua  mangsa yang terbunuh.


MALANG...orang ramai di sisi dua mangsa yang terbunuh.
Begitu kata Latip Abdul, 49, anak kepada seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dari Batu 15, Kampung Air Merbau, Bemban, yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadan Stadium Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.

Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.

Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian
dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut
yang melanda hampir empat minit.

Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45,
dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di
Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan
17 lagi termasuk pengunjung cedera.

Menurut Latip, dia mendapat panggilan jam 5 petang memaklumkan

kejadian ribut berlaku di tempat bapanya berniaga menyebabkannya

bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sepanjang perjalanan dengan memandu bersendirian dari

Ayer Merbau, angin bertiup kencang sehingga dia tiba di Taman Maju

keadaan mula tenang.“Saya dapat panggilan daripada rakan

mengatakan ayah meninggal dunia akibat ribut itu. Sejurus tiba di

Pasar Ramadan itu hujan makin lebat dan saya terkejut apabila

melihat semua khemah berterbangan serta makanan yang dijual

berselerakan.


“Saya tidak menyangka kejadian ribut berlaku seteruk itu. Saya

turun dari kereta dan pergi ke kawasan tempat ayah berniaga,

namun diberitahu ayah dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui

pemberita di Hospital Jasin, malam tadi.

Latip berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan

sebelum kejadian itu kecuali sebelum ini dia beria-ia mahu berniaga

cendol, biarpun ahli keluarga menasihatinya supaya tidak menjalankan

perniagaan kerana usianya sudah tua dan tidak berapa sihat.


“Namun, arwah tetap mahu meneruskan perniagaannya di pasar

Ramadan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan ketika kejadian, Abdul

berada di sebuah gerai lain membeli makanan.

Namun, dia dihempap khemah besar yang menjadi tempat pelindung

peniaga di situ ketika berlaku angin kencang.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Zarina Hassan, 33, yang juga

majikan kepada Mahadi, berkata ketika kejadian dia dan Allahyarham membungkus murtabak apabila keadaan cuaca bertukar mendung,

sebelum angin bertiup kencang lalu menerbangkan khemah di hadapan

mereka berniaga.

Katanya, dia yang panik terus lari menyelamatkan diri dan mendengar

Mahadi memanggil namanya, tetapi ketika itu berada di hadapan.


“Apabila menoleh saja ke belakang, saya lihat dia terlantar dengan

kepala dan mulutnya berdarah.

“Saya amat terkejut serta takut. Dia tidak bercakap dan bergerak kerana keadaannya amat parah ketika itu,” katanya sambil memberitahu jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Jasin.

Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup

dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus

menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu

sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh

meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran.

“Saya amat takut ketika itu, dan kedengaran orang menjerit serta

berlari lintang-pukang sambil dia menyelamatkan diri. Saya sempat

melihat khemah itu diterbangkan begitu tinggi kerana angin bertiup

sangat kencang ketika itu,” katanya .

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails