Oct 27, 2010
Oct 26, 2010
FUNNY..he3



.jpg)

Surah An-Nas ayt 1-6
Maksud ayat
- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
- Yang Menguasai sekalian manusia.
- Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
- Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
- Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
- (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
ada apa dengan doa???

.jpg)
Kisah Rasulullah Berdoa
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."
Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."
Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Pengajaran Daripada Kisah Ini
Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-
- Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
- Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
- Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
- Menggunakan ayat yang ringkas dan padat
"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya..."
"Doa itu senjata bagi orang Mukmin..jd jgn segan utk berdoa..ALLAH MAHA MENDGR stp permohonan hmbNya..
berdoalh seikhls hti..prcye pd Allah"

INFAK pd jln kebnrn..

jaga pakaianmu..WANITA ISLAM


.jpg)
Oct 25, 2010
2 my beloved sister..SITI HAJAR MAZILAH


Ilmu VS Harta

Pertama : Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta adalah warisan para raja dan orang-orang kaya.
Kedua : Ilmu akan menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta menjaga hartanya.Ketiga : Ilmu adalah penguasa atas harta, sedangkan harta tidak berkuasa atas ilmu.
Kelima : Apabila meninggal dunia, pemilik harta akan berpisah dengan hartanya, sedangkan ilmu akan masuk bersamanya ke dalam kubur.
Keenam : Harta dapat diperoleh orang-orang mukmin maupun kafir, orang baik maupun orang jahat. Sedangkan ilmu yang bermanfaat hanya dapat diperoleh orang-orang yang beriman.
Ketujuh : Orang yang berilmu dibutuhkan oleh para raja dan selain mereka, sedangkan pemilik harta hanya dibutuhkan oleh orang-orang miskin.
Kesembilan : Harta itu mengajak jiwa kepada bertindak sewenang-wenang dan sombong, sedangkan ilmu mengajaknya untuk rendah hati dan melaksanakan ibadah.
Kesepuluh : Ilmu membawa dan menarik jiwa kepada kebahagiaan yang Allah ciptakan untuknya, sedangkan harta adalah penghalang antara jiwa dengan kebahagiaan tersebut.
Keduabelas : Mencintai ilmu dan mencarinya adalah pokok segala ketaatan, sedangkan cinta dunia dan harta dan mencarinya adalah pokok segala kesalahan.
Ketigabelas : Nilai orang kaya ada pada hartanya dan nilai orang yang berilmu ada pada ilmunya. Apabila hartanya lenyap, lenyaplah nilainya dan tidak tersisa tanpa nilai, sedangkan orang yang berilmu nilai dirinya tetap langgeng, bahkan nilainya akan terus bertambah.

Keempatbelas : Tidaklah satu orang melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala, melainkan dengan ilmu, sedangkan sebagian besar manusia berbuat maksiat kepada Allah lantaran harta mereka.
Kelimabelas : Orang yang kaya harta selalu ditemani dengan ketakutan dan kesedihan, ia sedih sebelum mendapatkannya dan merasa takut setelah memperoleh harta, setiap kali hartanya bertambah banyak, bertambah kuat pula rasa takutnya. Sedangkan orang yang kaya ilmu selalu ditemani rasa aman, kebahagiaan, dan kegembiraan.
Wallaahu a’lam.
Oct 24, 2010
ADAB SEBELUM TIDO..AMALKAN K..

assalamualaikum..sebelum tidur...pastikan
2. Tidurlah seawal mungkin
3. Bersuci (Wudhu, Mandi Besar)4. Mengkibaskan Selimut 3 x5. Berbaring dgn mengiring ke kanan6. Menutup Pintu, Jendela, lampu dan api
7. Baca Ayat Kursi, dua ayat terakhir dr Surah Al-Baqarah, Al-Ikhlas dan Al-Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan Al-Naas)
8. Berdo'a...selamat mlm..mte ana sudah mengantuk..
:-) THE POWER OF YOUR S.M.I.L.E

Senyuman...senyuman

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Senyumlah senyumlah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
S.A.B.A.R

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?”Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ke
takutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”
Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli du
nia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: ” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
XSALAH berhibur..ikut lndsn yg betul jer...
• memuja wanita.
• mendedahkan aurat.
• menggalakkan pergaulan bebas.
• mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.
• memuja dadah dan arak.
• mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat sep
erti khayalan cinta.
• menghina amalan-amalan Islam.
• memfitnah orang.
2. Hiburan dipersembahkan dengan menepati adab-adab yang telah ditetap oleh Islam.
3. Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan prioriti dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.
4. Hiburan bukanlah alternatif pada amalan ibadat khusus tetapi pendorong padanya.
5. Hiburan hendaklah menjauhi dari unsur menyerupai penganut agama lain atau golongan yang berakhlaq rendah kerana Islam sentiasa menuntut umatnya agar menyalahi amalan penganut agama lain dan menjauhi dari dikaitan dengan akhlaq-akhlaq yang keji. Ini dapat dilihat dari larangan bersolat selepas solat Subuh dan selepas Asar kerana menjauhi amalan penyembah matahari dan amalan berpuasa sembilan dan sepuluh Muharram kerana menyalahi amalan orang Yahudi yang berpuasa pada sepuluh Muharram sahaja.
Sebagai contoh ialah berambut panjang. Walau pun tiada dalil khusus yang melarang orang lelaki berambut panjang tetapi oleh kerana ia telah menjadi simbol para penyanyi Rok yang dikeji oleh Islam maka ia perlu ditinggalkan.
6. Semua alat muzik adalah harus kecuali ia digunakan untuk sesuatu yang haram atau menjurus pada yang haram atau sebab-sebab sampingan yang lain yang diharamkan. Ini berdasarkan pada pandangan Ibn Hazm yang berpendapat bahawa dalil-dalil mengenai pengharaman alat-alat bertali dan tiupan adalah lemah.
7. Tertakluk pada dasar-dasar hiburan, nyanyian oleh wanita adalah harus. Ini berdasarkan pada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat.
8. Penyanyi wanita hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok secara mengghairahkan.
9. Hukum nyanyian dan lagu juga berkaitan dengan konteks ia disampaikan. Lagu bertemakan cinta, jika dinyanyikan untuk memuja wanita dan berkhayal ia membawa pada haram tetapi jika ia dinyanyikan untuk isteri atau suami bagi mengeratkan lagi kasih sayang maka ia dibenarkan. Ini termasuk di bawah kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha.
10. Begitu juga lagu-lagu yang bersifat abstrak atau kiasan, keharusannya bergantung pada bagaimana ia ditafsirkan. Sekiranya pentafsirannya menjurus pada haram maka ia menjadi haram dan sebaliknya.
perempuan..pay attention k!!!
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Oct 23, 2010
tulisan KHAT..JOM WAT NK X?


- NASAKH-contoh :http://islamicart.com/main/calligraphy/styles/naskh.html
- TSULUTS-contoh :http://islamicart.com/main/calligraphy/styles/thuluth.html
- DIWANI-contoh :http://islamicart.com/main/calligraphy/styles/deewani.html
- TA'LIQ @ FARISI-contoh :http://islamicart.com/main/calligraphy/styles/taliq.html
- RIQ'AH @ RIQ'IY-contoh :http://islamicart.com/main/calligraphy/styles/riqa.html
- KUFI-contoh :http://islamicart.com/main/calligraphy/styles/kufi.html

blurpppp...blurppppp...HELP!HELP!


kelebihan dan faedah yang kita perolehi dalam renang adalah :-
- Antara senaman yang berisiko rendah kerana tiada daya tekanan yang kuat kepada sendi, tulang dan otot-otot badan,
- Dapat menguatkan otot jantung (sistem kardoivaskular) dan meningkatkan penghantaran oksigen ke semua bahagian otot-ermmmm..mcm yg ana bg thu td kn?
- Sering dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya,
- Kebaikan fizikal dengan meningkatkan daya kekuatan, ketahanan dan kelenturan badan,
- Digunakan sebagai terapi pemulihan selepas kecederaan,
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menenangkan fikiran,
- Memulih dan meningkatkan tenaga,
- Memulikan dan menguatkan otot-otot selepas pembedahan, juga sesuai selepas pembedahan kanser payudara,
- Menigkatkan sistem pernafasan dengan baik,
- Mengurangkan dan mengekalkan berat badan yang sangat ideal,
- Ibu hamil juga digalakkan melakukan senaman renang untuk menguatkan otot dibahagian bahu dan perut. (Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu)
PAHIT=SIHAT
PERIA KATAK...TADAAAAA...HE3..mmg pahit kn..tp kite kne thu klu kne cre msknye maka xpahitla peria 2..ana xdela petua cmne nk kurgkn phit die coz ana mmg ske sgt peria..sgt2 ske..mak ana ckp klu xnk trse phitnye,hirislah nipis..pas2 wt grg berlada..ERMMMM..SEDAP TW
NK THU RESIPINYER : BC DI BWH K..SELAMAT MENCUBA
BHN :
peria yg dihiris nipis
ikan bilis,bwg mrh n bwg putih yg ditumbuk
minyak msk
cili BOH
CARA MSK :
msukkn myk..pnskn kuali
tumis bhn2 yg ditumbuk td smpi nek bau..
msukkn cili BOH..(nk pds taruk la byk ckit)
dh garing cili 2 barula msukkn peria..agk2 dh msk angkat..bule mkn dh..
klu nk nmpk cntik ltkla hrsn cili bsr merah+hijau..colourful gitu..hu3..
LPS NI KONFEM KMU SUME SKE MKN PERIA..BLUM CBE BLUM THU TW..YG PAHIT I2LA UBAT WT KITE.. ^^