Nov 27, 2010

jom cube..





TRIFFLE

Bahan - bahan

2 gulung swiss roll pandan

1 tin fruit cocktail

1 tin laici

3 sudu besar tepung kastard

1 cawan susu segar atau 1 tin (570ml) susu cair

1-2 sudu besar gula

1 paket kristal jeli perisa strawberry

1 bekas pyrex


Cara - cara

1) Potong swiss roll dan aturkan di dalam bekas pyrex rapat-rapat supaya membentuk lapisan bawah.

2) Asingkan air fruit cocktail dahulu kemudian taburkan fruit cocktail di atas lapisan swiss roll tadi. Renjiskan air furit cocktail di atas swiss roll mengikut sukatan sendiri. Lagi banyak, lagi manis.

3) Bagi memasak kastard, masukkan 3 sudu besar tepung kastard ke dalam periuk bersama-sama 3- 4 sudu besar gula.

4) Gaulkan sebati dengan 2 sudu besar susu sama ada meggunakan susu cair/susu segar. Panaskan susu selebihnya di atas api.

5) Apabila telah mendidih, tuangkan susu yang dipanaskan tadi ke atas adunan kastard.Masukkan sedikit air ikut keperluan
dan kacau sehingga sebati.

6) Tuangkan adunan kastard tadi ke atas lapisan swiss roll sehingga membentuk lapisan baru berwarna kuning.

7) Kemudian, aturkan laici yang dibelah dua di atas lapisan kastard tadi. Biarkan ia sejuk sebentar.

8) Bagi memasak kristal jeli pula, campurkan kandungan paket kristal jeli dengan 2 gelas air panas (400ml).

9) Kacau sehingga larut.

10) Tuangkan segera di atas lapisan kastard tadi sehingga membentuk satu lapisan baru berwarna merah. (Pastikan kastard sudah sejuk sebelum tuang.Ini bagi mengelakkan lapisan kastard pecah)

11) Biarkan trifle sejuk dlam 30 minit sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.


Cadangan Hidangan

8 - 10 orang. Sedap dimakan dengan aiskrim & whipping cream.

Cara Mendapatkan bahan

-Fruit cocktail & laici boleh dibeli di mana-mana pasaraya.Pastikan cari yang halal.

- Tepung kastard ana cadangkan guna jenama BIRD'S Custard

- Kristal jeli juga boleh didapati di pasaraya.Ana guna jenama NONA. Halal & mudah.

- Swiss roll boleh dibeli di mana-mana kedai kek & roti. Perisa pandan sesuai kerana warna hijau. Perisa lain juga boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails