Oct 26, 2010

FUNNY..he3


assalamualaikum..ermmm..ana kebuntuan idea+mte dh stim...

so ana pun search pic funny face..ni yg ana dpt..

tsenyum ana tgk pic2 ni..hu3 :-)..slmt mlm sume shbt2ku...

Surah An-Nas ayt 1-6

Maksud ayat

An-Naas.jpg

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

p/s :Surah ini elok diamalkan setiap kali sebelum menunaikan solat fardhu, blm tdo dan ketika berada di tempat org...^^

ada apa dengan doa???



Kisah Rasulullah Berdoa

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."

Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."

Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Pengajaran Daripada Kisah Ini

Daripada kisah di atas, rupa-rupanya untuk meminta sesuatu dari Allah s.w.t terdapat adab, cara dan kaedah yang tertentu. Antaranya adalah:-

  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
  • Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah.
  • Menggunakan ayat yang ringkas dan padat

"Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya..."

"Doa itu senjata bagi orang Mukmin..jd jgn segan utk berdoa..ALLAH MAHA MENDGR stp permohonan hmbNya..

berdoalh seikhls hti..prcye pd Allah"

INFAK pd jln kebnrn..



SUATU ketika Abdul Rahman Auf menghadap Rasulullah SAW sambil membawa 4,000 dirham untuk disedekahkan. Abdul Rahman berkata: �Aku mempunyai 8,000 dirham, aku simpan 4,000 dirham daripadanya untuk diriku dan keluargaku, 4,000 dirham lagi aku pinjamkan untuk Tuhanku. Lantas Rasulullah SAW bersabda: �Semoga Allah memberkati kamu pada apa yang kamu simpan dan apa yang kamu berikan.�

Saidina Uthman pula berkata: �Menjadi tanggungjawab saya menyediakan kelengkapan untuk orang yang tidak memiliki kelengkapan dalam peperangan Tabuk�.

Lalu beliau menyediakan 1,000 unta dilengkapi tali hidung dan pelana. Beliau juga mewakafkan periginya, bir ruumah, kepada kaum Muslimin.

Abu Said al Khudri berkata: �Saya melihat Rasulullah SAW menadah tangan ke langit seraya berdoa untuk Uthman, Ya Tuhan, sesungguhnya aku meredai Uthman Affan, maka Engkau redailah dia�. Baginda terus menadah tangan sehingga terbit fajar.

berdsrkn ksh2 di ats diketahui bhwa menginfakkn hrta pd jln Allah ni sgt dituntut...byk kelbhnnye..
ana bru je mendpt info di BISA sewktu solat isyk mlm ini...kte ustzh..klu kite mempunyai hrte yg byk(berkemampuan) maka blnjeknlh sebhgn dr hrta i2 utk Islam..(bersedekah,byr zakat & sbginye)
hrte yg byk 2 xdibwa ke mne..hy amalan kite shja yg akn membantu...renung2kn.. ^^

jaga pakaianmu..WANITA ISLAM



ASSALAMUALAIKUM..sbntr td ana membuka account fb ana...

masya Allah melht hmba Allah ni..sewenangnye mempamerkan aurtnye..

dgn pkian yg xsopan..lgsg xmenepati syariat Islam..

jd ana terpggl utk membicarakan isu ni...ciri2 akaian menurut Islam..

mudh2-mudhn sbgi muslimah ana dan shbt2 sume dpt memelihara aurt kite..

bknkh aurat kite ini hy lyk dipertontonkn pd yg hak?

renung2kn.. ^^

PAKAIAN MUSLIMAH SEJATI


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya “

Oct 25, 2010

2 my beloved sister..SITI HAJAR MAZILAH



assalamualaikum...hr ni bfdy k.hajar..

my dearest clsmet...(budak plg cntik dlm kls ana)

entry kali ni wt k.hajar gendut..xthu nk bg pe...nk wt kad xsompek dh..so ana gnekn kmhrn ICT ana wt kad utk die..hope she likes it..(bersgguh2 anum wt utk akk ^^)

he3..

mtk mf sgt2 kak klu anum de wt slh ke ape..

gurau2 je..tp mmg btol tw u gendut..hahahhahahha

thnx kak slme tlg anum..bg anum mkn..akk kn slalu xbis..so anum yg kuat mkn ni la yg tlg biskn?jnji xbuang ke tnh kn?(nk gak bela dri di situ..hu3)

smge hr lhr ni mmbwa seribu kebhgiaan dan keberkatan kpd akak smge mendpt keredhaan Allah dunia akhrt..berusaha tingkatkn kualiti amalan kite k..love u k.hajar..smge pjg umo dan murh rzki slalo...

Related Posts with Thumbnails